Monday, 26 September 2011

Soalan 1 : Cara-cara lain untuk mendapatkan penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus selain daripada pengujian?

Demontrasi

Teknik yang menunjukkan murid langkah-langkah, prosedur atau peraturan bagi menghasilkan sesuatu

Portfolio
Satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul dan merekod  bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.

Laporan
Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan megikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.

Monday, 5 September 2011

PENILAIAN SUMATIF


Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran (akhir penggal/akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif, yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan/akhir tahun, yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Contoh penilaian sumatif ialah penilaian pada akhir tahun, peperiksaan percubaan dan UPSR.

Penilaian Sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/ pengredan.

Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan. Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid. Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.